Sunday, 21 June 2020

CBBPDB Satu anugerah rezeki teristimewa

Pada kali ini saya mahu berkongsi satu keistimewaan yang disediakan oleh KPM kepada guru-guru untuk menyambung pengajian keperingkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) di dalam dan luar negara. Ada beberapa jenis tajaan antaranya ialah Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa. Sangat bersyukur kepada rakan-rakan guru yang berjaya ditawarkan CBBPDB @ HLP ini. Ini ialah satu rezeki, tanggungjawab dan sebuah perjuangan keilmuan. 

Jenis-jenis Hadiah latihan persekutuan yang ditawarkan

1. Cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa CBBPDB
2. Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa CBBPTB

Apa maklumat asas yang mesti anda ketahui :

1. Umur kelayakan ialah 45 dan kebawah
2. Setiap tahun hanya seramai kira-kira 500 calon sarjana dan PhD sahaja yang ditawarkan
3. Sediakan dokumen sokongan kelebihan anda yang unik 

Kronologi yang perlu diketahui

1. Memohon secara online di epenawaran yang akan diiklankan seawal januari tahun semasa
2. Terpilih untuk temuduga perlu sediakan proposal dan slide bidang kajian yang mahu dikaji, dokumen-dokumen asas yang diperlukan mestilah disusun di dalam fail clear holder mengikut urutan
3. Slide dan proposal mesti dihantar secara softcopy sebelum temuduga dan mesti juga dibawa di dalam pendrive semasa menghadiri temuduga
4. selepas berjaya temuduga dan ditawarkan tempat mestilah menghadiri kursus persediaan selama 5 hari di mana-mana IAB, IPG atau pun tempat yang ditetapkan bergantung kepada zon.
5. Memohon 3 universiti pilihan yang menawarkan program pengajian yang dipilih semasa memohon HLP. 
6. Melakukan pemeriksaan kesihatan dan melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh  Bahagian Tajaan KPM dan Universiti
7. Lapor diri di Universiti dan memulakan pengajian
8. setiap semester mestilah submit laporan kemajuan belajar
9. tempoh pengajian sarjana ialah 2 tahun dan PhD ialah 3 tahun

Petua
1. Dapatkan ilmu pengajian dan pedoman daripada sesiapa sahaja sebelum memulakan pengajian supaya tidak berlaku kesilapan dan pembaziran masa. 2@3 tahun itu bukanlah satu tempoh yang panjang. 
2. ikuti bengkel2 dan kelas2 yang berkenaan sekerap yang boleh
3. berkawan dengan tesis hampir keseluruhan masa yang ada 

Selamat maju jaya. Diharap perkongsian ringkas ini memberi manfaat dan idea kepada calon2.


1 comment: