KUP dan Hakiki...
Hal yang jarang dibincangkan ialah gred jawatan yang
dipegang sama ada KUP ataupun hakiki. Secara kesimpulan ringkasnya.
Perbezaan utama antara Gred Hakiki dan Gred Khas Untuk
Penyandang (KUP) melibatkan status jawatan tetap, kenaikan
pangkat, dan kekosongan perjawatan. Gred hakiki merujuk kepada
jawatan sebenar yang disandang mengikut waran perjawatan, manakala gred KUP
dikhususkan secara peribadi kepada individu tanpa memerlukan kekosongan jawatan
di organisasi tersebut
Gred Hakiki
- Definisi: Jawatan
dan gred sebenar yang wujud dalam perjawatan asal sesuatu organisasi atau
jabatan.
- Kekosongan: Bergantung
kepada wujudnya kekosongan jawatan hakiki di gred yang lebih tinggi untuk
membolehkan kenaikan pangkat.
- Pertukaran/Penyandang: Jika
pegawai berpindah atau bertukar, jawatan hakiki itu akan ditinggalkan
kosong untuk diisi oleh pegawai lain yang layak.
Ialah gred yang layak dimiliki jika menyandang sesuatu
jawatan walaupun belum sampai time based.
Gred KUP (Khas untuk Penyandang)
- Definisi: Gred
lebih tinggi yang diberikan khas kepada pegawai walaupun hakikatnya
jawatan di situ berjawatan atau bertaraf lebih rendah.
- Tujuan: Diberi
kerana cemerlang (seperti Guru Cemerlang) atau tiada kekosongan gred
hakiki tetapi pegawai layak naik pangkat secara peribadi.
- Sifat
Jawatan: Gred KUP ini akan 'lebur' atau kembali kepada gred asal
(hakiki) apabila pegawai bersara, bertukar, atau meninggalkan jawatan
tersebut.
Ialah gred yang dimiliki secara time based. gred KUP boleh
melepasi gred hakiki.x
Untuk mudah faham. Begini penjelasannya
Guru biasa : Hakiki ialah DG9 @ DG41
Guru Kanan : Hakiki ialah DG10 @ DG44
Pen. Kanan : Hakiki ialah DG12 @ DG48
Pengetua : Hakiki ialah DG13 @DG52
PPD : Hakiki DG 14 @ DG54
Pengarah JPN : Hakiki Jusa C
KPPM : Hakiki Turus III
Gred hakiki ialah gred yang mesti dipakai jika menjawat jawatan tersebut tanpa mengira time based. KUP ialah gred berdasarkan time based walaupun tidak menjawat jawatan tersebut. Contohnya, guru biasa walaupun telah berada di gred KUP DG14 @DG54 boleh saja menjadi guru biasa dengan menyandang gred DG54 KUP tetapi hakiki tetap DG9 @ DG41. Gaji mengikut gred tertinggi.
Jika guru biasa DG9 @ DG41 belum sampai time based tetapi telah dilantik ke jawatan Guru Kanan akan layak terus memakai Gred DG10 @ DG44.
jika guru biasa tersebut telah memakai Gred DG12 @ DG48 tetapi baru dilantik menjadi guru kanan maka guru tersebut akan kekal dengan Gred DG12 @DG48 KUP namun gred Hakiki beliau ialah menjadi DG10 @ DG44. Gaji tetap mengikut gred tertinggi.
Implikasi utama persaraan bagi pemegang gred KUP adalah tiada
perbezaan dari segi pengiraan bayaran pencen atau ganjaran, kerana
kedua-dua gred menggunakan gaji akhir yang diterima. Namun, kesan
utamanya adalah terhadap struktur jawatan yang ditinggalkan di agensi
berkenaan.
Sebagai guru biasa atau sehingga PPD pegawai hanya dapat mencapai gred tertinggi DG14 @DG54 sahaja melainkan ada keistimewaan lain berasaskan kecemerlangan boleh mendaki ke gred yang lebih tinggi sehingga Jusa C.
Berikut adalah perincian implikasi persaraan bagi kedua-dua
gred tersebut:
Implikasi kepada Pesara (Wang Pencen & Ganjaran)
- Tiada
Perbezaan Bayaran: Formula pengiraan pencen, ganjaran (Gratuiti), dan
Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) adalah sama.
- Berdasarkan
Gaji Akhir: Pengiraan bonus persaraan dikira berdasarkan gaji
hakiki terakhir yang diterima (gaji pokok di gred KUP).
- Kemudahan
Perubatan: Kelayakan wad hospital dan kemudahan perubatan persaraan
mengikut gred terakhir yang disandang (sama ada hakiki atau KUP).
Implikasi kepada Organisasi (Struktur Jawatan)
- Gred
KUP Melebur: Jawatan bertaraf KUP akan automatik dimansuhkan atau
'lebur' sebaik sahaja pegawai bersara.
- Kembali
ke Gred Asal: Waran perjawatan di pejabat tersebut akan kembali kepada
gred hakiki asal asal jawatan berkenaan.
- Pengisian
Baharu: Pegawai baharu yang menggantikan tempat pesara tersebut akan
masuk menggunakan gred hakiki asal, bukan gred KUP pesara tadi.