Tuesday, 30 June 2020

Tajuk 1 Matematik tingkatan 4 KSSM 

Fungsi dan persamaan kuadratik dalam satu pemboleh ubah / Quadratic Functions and Equations in One Variable 

Tajuk ini adalah tajuk lama semasa KBSM  iaitu Ungkapan dan persamaan kuadratik / Quadratic Expressions and Equations . Tajuk semasa KBSM ini telah diberi nafas baru dengan peningkatan silibus untuk KSSM. Secara asasnya tajuk ini adalah ibu kepada matematik kerana dalam kebanyakan tajuk terutamanya dalam matematik tambahan akan aplikasikan persamaan kuadratik ini. 

persamaan kuadratik dalam satu pembolehubah ialah hanya terdapat satu pembolehubah yang kuasa dua. ada beberapa jenis persamaan kuadratik iaitu :



Sunday, 28 June 2020

Sebutir pasir di lautan samudera

Kali ini ingin saya bawakan kita sebuah renungan. Siapalah kita, ilmu yang ada hanyalah kurang dari sebutir pasir dilautan samudera. Jika kita lihat Ms Office (Word). Tentulah ianya bukan suatu yang asing malah cukup familiar . ia adalah perisian asas sebuah komputer. namun sedarkah kita, dengan hanya sebagai pengguna pun masih banyak function dalam perisian tersebut yang kita tidak pernah tahupun kewujudannya apatah lagi menggunakannya. Bayangkan pencipta perisian tersebut yang bukan sahaja mencipta malah mengambil kira segala kemungkinan kepenggunaan perisian tersebut. Owh rasa kerdilnya diri dengan hanya sebagai pengguna pun tidak kuasai semua kemahiran yang ada. Atas sebab itulah ilmu tiada hadnya hatta dengan seseorang yang homeless pun boleh menjadi guru kita. ada perkara yang dia tahu yang kita tidak. Siapalah kita. setinggi mana pun kita belajar ilmu kita hanyalah kurang dari sebutir pasir dilautan samudera. sesiapa pun boleh menjadi guru kita dan sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang diamalkan.

Pahwazull Khair
29 jun 2020
https://matematikdimercu.wasap.my
Buku Teks KSSM Matematik dan Matematik Tambahan

Matematik Tingkatan 1     BM     BI
Matematik Tingkatan 2     BM     BI
Matematik Tingkatan 3     BM     BI
Matematik Tingkatan 4     BM     BI
Matematik Tingkatan 5     BM     BI

Matematik Tambahan Tingkatan 4          BM       BI
Matematik Tambahan Tingkatan 5          BM       BI

Semoga memberi manfaat kepada semua pengunjung blog ini. 

Saturday, 27 June 2020

Pasca Covid 19 (Back To School)

Video 1 (Amalan Penjagaan Kesihatan)

Video 2 (Sebelum Ke sekolah)


Video 3 (Pergerakan dalam kawasan sekolah)


Video 4 (Ketika di sekolah)


Video 5 (Prosedur di asrama)

Video 6  (Pulang dari sekolah)

Video 7  (Perjalanan ke sekolah)

Berikut ialah video-video panduan pencegahan covid 19 yang dikeluarkan oleh KPM. Semoga ianya membantu dan memberi manfaat kepada kita semua. Ayuh kita hadapi perjuangan ini bersama-sama. 

https://matematikdimercu.wasap.my

Friday, 26 June 2020

Laluan Kegemilangan

Pada kali ini saya akan membincangkan  sedikit tentang laluan kegemilangan anak-anak sepanjang perjalanan kehidupan. dahulu saya tiada pendedahan berkenaan ini dengan baik. sekarang anak-anak lebih bertuah untuk menyelusuri kehidupan ini dengan lebih baik, insyaAllah

umur 0-4 Tahun = Pusat jagaan (Nursery)

5-6 Tahun = Pra Sekolah

7 - 12 Tahun = Sekolah Rendah  (UPSR)

Selepas UPSR pelajar-pelajar boleh memilih untuk ke 

1. MRSM
2.SBP
3.Sekolah Agama
4. Sekolah harian

13-15 Tahun = Sekolah Menengah (PT3)

anak-anak harus memilih untuk ke tingkatan 4 

i) Aliran sastera
ii) Aliran sains
iii)Aliran Vokasional
iv) Aliran agama

Pelajar-pelajar tingkatan 4 juga masih boleh memilih
1. MRSM
2.SBP
3.Sekolah Agama
4. Sekolah sukan
5. Sekolah seni

16-17 Tahun = Sekolah Menengah (SPM)

18-19 Tahun = anak-anak akan perlu memilih:

i) Tingkatan 6 (STPM/ STAM) / sijil
ii) Diploma
iii)Matrikulasi / asasi
iv) IPG (Program khas keguruan terus hingga ijazah sarjana muda)

* selepas SPM pelajar tidak boleh terus ke ijazah sarjana muda tanpa melalui step di atas

20-23 Tahun = Ijazah sarjana muda

pilihan kerja
i) Mengikut bidang
ii)Memohon sebagai PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) Jawatan yang khas dan istimewa dan perlu melalui pemilihan dan tapisan yang ketat.
iii)memohon pegawai tentera / polis

sambung belajar (Tidak kisah umur) mengikut peraturan-peraturan yang berkenaan . Boleh sambung belajar dalam kerja dengan keistimewaan cuti belajar dan sebagainya.

Sarjana (Jika tesis kesarjanaan begitu mantap ada kemungkinan diserap terus ke PhD)

PhD

Semoga artikel ringkas ini bermanfaat untuk semua. Ayuh lakukan kebangkitan walau siapapun kita.

Tuesday, 23 June 2020

Matematik di Mercu

Pada pandangan saya antara usaha yang berfokus untuk kecemerlangan akademik amnya dan matematik khususnya adalah melalui kekuatan penyediaan bahan. hal ini lebih mungkin menjadi kukuh dengan jaringan antara guru-guru matematik secara bersama-sama. sebatang lidi tidak banyak perkara boleh dilakukan namun jika seberkas lidi fungsinya lebih jitu. atas dasar itulah saya memohon jika pengunjung-pengunjung blog ini mahu berkongsi bahan yang akan kita share bersama-sama disini. Antara perancangan yang terbaik ialah

1. penyediaan modul matematik yang merangkumi segala nota, teknik menjawab dan kepelbagaian soalan mengikut topik dan format pt3 dan spm

2. slide powerpoint semua tajuk-tajuk matematik

3. video setiap tajuk2 matematik

sekiranya kita memiliki ketiga-tiga bahan di atas secara lengkap maka kita secara moralnya sudah mempunyai kekuatan dan keyakinan

saya amat mengalu-alukan kerjasama semua dan boleh hubungi saya di alamat email
matematikdimercu@gmail.com

https://matematikdimercu.wasap.my



KBSM dan KSSM





Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pengunjung blog matematik di mercu ini.
Quotes 6

"If you someone , you say nothing is something, if you no one you say something is nothing"

Sunday, 21 June 2020


Quotes 5

"Apa jawapan cinta. Mudah shj menyayangimu melebihi diri ini"

Quotes 4


"Nobody is better than anybody in this life. You lack what I have and I have what you lack. So bring your shoulder down"

Quotes 3
 

"Balas lah apa2 dendam dengan kejayaan demi kejayaan. Itulah satu2nya pilihan"


Quotes 2
 
"Jika kesempurnaan tiada pemiliknya 
maka jadilah jirannya"
Quotes 1

"Setiap insan punyai kecenderungan yang unik, dengan keunikan itu ciptalah keunggulan"
CBBPDB Satu anugerah rezeki teristimewa

Pada kali ini saya mahu berkongsi satu keistimewaan yang disediakan oleh KPM kepada guru-guru untuk menyambung pengajian keperingkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) di dalam dan luar negara. Ada beberapa jenis tajaan antaranya ialah Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa. Sangat bersyukur kepada rakan-rakan guru yang berjaya ditawarkan CBBPDB @ HLP ini. Ini ialah satu rezeki, tanggungjawab dan sebuah perjuangan keilmuan. 

Jenis-jenis Hadiah latihan persekutuan yang ditawarkan

1. Cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa CBBPDB
2. Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa CBBPTB

Apa maklumat asas yang mesti anda ketahui :

1. Umur kelayakan ialah 45 dan kebawah
2. Setiap tahun hanya seramai kira-kira 500 calon sarjana dan PhD sahaja yang ditawarkan
3. Sediakan dokumen sokongan kelebihan anda yang unik 

Kronologi yang perlu diketahui

1. Memohon secara online di epenawaran yang akan diiklankan seawal januari tahun semasa
2. Terpilih untuk temuduga perlu sediakan proposal dan slide bidang kajian yang mahu dikaji, dokumen-dokumen asas yang diperlukan mestilah disusun di dalam fail clear holder mengikut urutan
3. Slide dan proposal mesti dihantar secara softcopy sebelum temuduga dan mesti juga dibawa di dalam pendrive semasa menghadiri temuduga
4. selepas berjaya temuduga dan ditawarkan tempat mestilah menghadiri kursus persediaan selama 5 hari di mana-mana IAB, IPG atau pun tempat yang ditetapkan bergantung kepada zon.
5. Memohon 3 universiti pilihan yang menawarkan program pengajian yang dipilih semasa memohon HLP. 
6. Melakukan pemeriksaan kesihatan dan melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh  Bahagian Tajaan KPM dan Universiti
7. Lapor diri di Universiti dan memulakan pengajian
8. setiap semester mestilah submit laporan kemajuan belajar
9. tempoh pengajian sarjana ialah 2 tahun dan PhD ialah 3 tahun

Petua
1. Dapatkan ilmu pengajian dan pedoman daripada sesiapa sahaja sebelum memulakan pengajian supaya tidak berlaku kesilapan dan pembaziran masa. 2@3 tahun itu bukanlah satu tempoh yang panjang. 
2. ikuti bengkel2 dan kelas2 yang berkenaan sekerap yang boleh
3. berkawan dengan tesis hampir keseluruhan masa yang ada 

Selamat maju jaya. Diharap perkongsian ringkas ini memberi manfaat dan idea kepada calon2.


Wednesday, 17 June 2020

2020* SPM terakhir KBSM

SPM 2020 akan diadakan pada awal 2021 oleh kerana dunia maklum krisis pandemik covid 19 yang melanda. Ini adalah SPM batch yang terakhir KBSM sebelum KSSM mengambil tempat. Di sini disertakan slide teknik menjawab dan modul matematik di mercu . semoga bermanfaat untuk semua pengunjung blog ini. sebarang cadangan dan komen boleh di email ke matematikdimercu@gmail.com. 

Slide Powerpoint teknik menjawab SPM KBSM    Percuma


Untuk mendapatkan modul eksklusif matematik di mercu SPM 2019/2020 jilid terakhir KBSM bolehlah menghubungi penulis di talian 0194081049. Hanya perlu bayar RM20 sahaja modul setebal 388 mulasurat + jawapan + soalan contoh trial spm menjadi milik anda untuk ulangkaji intensif. Bayaran boleh dibuat seperti berikut:

Nama : Pahwazull Khair Bin Shafie
No.Akaun : 1101 4405 4625
Bank : Maybank

Setelah membuat bayaran whatsapp butiran ke talian 0194081049 dan modul ini akan di hantar ke telegram .

Modul matematik di mercu
Jawapan Modul matematik di mercu
kulit hadapan
kulit jawapan


Sekiranya mahu bertanya soalan amat dialu2kan menggunakan talian WhatsApp : 0194081049
semoga modul ini memberi manfaat kepada semua bakal-bakal calon SPM 2020@21

Tuesday, 16 June 2020

Matematik dan Matematik Tambahan KSSM

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bermula tahun 2017 untuk tingkatan 1.

DSKP Matematik Tingkatan 1     BM      BI
DSKP Matematik Tingkatan 2     BM      BI
DSKP Matematik Tingkatan 3     BM      BI
DSKP Matematik Tingkatan 4     BM      BI
DSKP Matematik Tingkatan 5     BM      BI

DSKP Matematik Tambahan Tingkatan 4     BM      BI
DSKP Matematik Tambahan Tingkatan 5     BM      BI


Semoga menjadi rujukan kita semua. Sebarang cadangan dan komen amatlah dialu-alukan.


Wednesday, 10 June 2020

Buku- buku sumbangan penulisan 

Buku-buku ini boleh didapati dipasaran, di kedai-kedai buku ataupun dengan pembekal-pembekal buku sekolah. hanya Modul Matematik di mercu sahaja boleh didapati secara terus dari penulis.



Matematik Tingkatan 4 KSSM Top one Pelangi 2020

Skor A+ Kertas Model SPM KBSM Pelangi 2019 

Modul Matematik Di Mercu 2019/2020


Bank Soalan digital Matematik PT3, Nilam Publication 2020