Friday, 26 June 2020

Laluan Kegemilangan

Pada kali ini saya akan membincangkan  sedikit tentang laluan kegemilangan anak-anak sepanjang perjalanan kehidupan. dahulu saya tiada pendedahan berkenaan ini dengan baik. sekarang anak-anak lebih bertuah untuk menyelusuri kehidupan ini dengan lebih baik, insyaAllah

umur 0-4 Tahun = Pusat jagaan (Nursery)

5-6 Tahun = Pra Sekolah

7 - 12 Tahun = Sekolah Rendah  (UPSR)

Selepas UPSR pelajar-pelajar boleh memilih untuk ke 

1. MRSM
2.SBP
3.Sekolah Agama
4. Sekolah harian

13-15 Tahun = Sekolah Menengah (PT3)

anak-anak harus memilih untuk ke tingkatan 4 

i) Aliran sastera
ii) Aliran sains
iii)Aliran Vokasional
iv) Aliran agama

Pelajar-pelajar tingkatan 4 juga masih boleh memilih
1. MRSM
2.SBP
3.Sekolah Agama
4. Sekolah sukan
5. Sekolah seni

16-17 Tahun = Sekolah Menengah (SPM)

18-19 Tahun = anak-anak akan perlu memilih:

i) Tingkatan 6 (STPM/ STAM) / sijil
ii) Diploma
iii)Matrikulasi / asasi
iv) IPG (Program khas keguruan terus hingga ijazah sarjana muda)

* selepas SPM pelajar tidak boleh terus ke ijazah sarjana muda tanpa melalui step di atas

20-23 Tahun = Ijazah sarjana muda

pilihan kerja
i) Mengikut bidang
ii)Memohon sebagai PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) Jawatan yang khas dan istimewa dan perlu melalui pemilihan dan tapisan yang ketat.
iii)memohon pegawai tentera / polis

sambung belajar (Tidak kisah umur) mengikut peraturan-peraturan yang berkenaan . Boleh sambung belajar dalam kerja dengan keistimewaan cuti belajar dan sebagainya.

Sarjana (Jika tesis kesarjanaan begitu mantap ada kemungkinan diserap terus ke PhD)

PhD

Semoga artikel ringkas ini bermanfaat untuk semua. Ayuh lakukan kebangkitan walau siapapun kita.

No comments:

Post a Comment