Sunday, 28 June 2020

Sebutir pasir di lautan samudera

Kali ini ingin saya bawakan kita sebuah renungan. Siapalah kita, ilmu yang ada hanyalah kurang dari sebutir pasir dilautan samudera. Jika kita lihat Ms Office (Word). Tentulah ianya bukan suatu yang asing malah cukup familiar . ia adalah perisian asas sebuah komputer. namun sedarkah kita, dengan hanya sebagai pengguna pun masih banyak function dalam perisian tersebut yang kita tidak pernah tahupun kewujudannya apatah lagi menggunakannya. Bayangkan pencipta perisian tersebut yang bukan sahaja mencipta malah mengambil kira segala kemungkinan kepenggunaan perisian tersebut. Owh rasa kerdilnya diri dengan hanya sebagai pengguna pun tidak kuasai semua kemahiran yang ada. Atas sebab itulah ilmu tiada hadnya hatta dengan seseorang yang homeless pun boleh menjadi guru kita. ada perkara yang dia tahu yang kita tidak. Siapalah kita. setinggi mana pun kita belajar ilmu kita hanyalah kurang dari sebutir pasir dilautan samudera. sesiapa pun boleh menjadi guru kita dan sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang diamalkan.

Pahwazull Khair
29 jun 2020
https://matematikdimercu.wasap.my

No comments:

Post a Comment