Thursday, 16 April 2026

 GURU CEMERLANG...




Guru cemerlang ialah salah satu laluan selain pentadbiran yang boleh dipilih oleh guru. Guru cemerlang mesti dimohon apabila mencapai kelayakan tahun gred semasa. Guru cemerlang perlu dipohon semula untuk kenaikan ke gred seterusnya. Sekiranya tidak memohon atau tidak berjaya dalam permohonan maka guru tersebut kembali ke laluan time based.

Setiap gred guru cemerlang adalah perlu mematuhi syarat-syarat yang semakin tinggi. Guru cemerlang mestilah memenuhi kriteria terpuji selain mampu memberi sumbangan khidmat kepada KPM.

Sekiranya guru tersebut berjaya disetiap gred Guru Cemerlang maka boleh sampai ke Gred Jusa C dengan hanya 16 tahun perkhidmatan. sesuatu yang sangat hebat. Tetapi guru cemerlang TIDAK BOLEH  memegang jawatan pentadbiran. 

Satu perkara yang jarang dijelaskan ialah guru cemerlang boleh masuk ke laluan pentadbiran juga sekiranya beliau tidak lagi memegang gred guru cemerlang yakni tidak memohon ke gred seterusnya atau tidak berjaya dan masuk semula ke laluan time based. Apabila ini berlaku gred yang melalui time based bukanlah gred guru cemerlang maka boleh memegang jawatan pentadbiran.

Guru cemerlang bukanlah untuk populariti namun ianya hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang setimpal  dengan pengiktirafan yang diberi. 

Semoga coretan ini bermanfaat untuk pengunjung blog ini... 






No comments:

Post a Comment