Sunday, 12 April 2026

 TIMSS dan PISA...


Perbezaan Timss dan Pisa

 

                                Pisa

             Timss

Objektif

Menguji penggunaan pengetahuan dan kemahiran praktikal berdasarkan kepada pendapat bahawa perolehan literasi Adalah proses pembelajaran sepanjang hayat

Mengukur keupayaan murid dari segi apa yang hendak diajar, apa yang sebenarnya diajar dan apa yang sebenarnya dipelajari

 

Mengukur real-life skills yang berkaitan dengan bacaan, matematik dan sains dengan fokus kepada kehidupan seharian dan dalam bidang di mana sains digunakan seperti kesihatan, bumi dan persekitaran, dan teknologi


Menambah baik pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains

 

Menyediakan perbandingan dalam sistem dan antara negara yang mengambil bahagian

Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid


 

Menyediakan data tentang trend dalam pencapaian matematik dan sains

Stakeholders

Dibangunkan oleh OECD

 

Dibangunkan oleh IEA

 

Sasaran: Murid berumur 15+ tahun

 

Sasaran: Murid Tahun 4 dan Tahun 8

 

Negara peserta: 34 negara OECD dan 41 negara bukan OECD pada tahun 2009

Negara peserta: 49 negara dan wilayah

pada tahun 2007

Kandungan

Penilaian

Tiga bidang: Bacaan, matematik dan sains

Dua bidang: Matematik dan sains

Penekanan kepada keberkesanan aplikasi kurikulum

Penekanan kepada isi kandungan kurikulum

Maklumat sikap murid dan pendekatan kepada pembelajaran, suasana pembelajaran dan organisasi persekolahan

Maklumat tentang kuantiti, kualiti dan kandungan pengajaran (cth: kesediaan guru, sumber sedia ada dan penggunaan teknologi)

Kaedah

Bermula pada tahun 2000

Bermula pada tahun 1995

Setiap tiga tahun sekali

Setiap empat tahun sekali

Fokus bertukar antara bacaan, matematik dan sains dalam setiap pusingan kajian (Fokus dalam PISA 2009 ialah kepada bacaan)

Sentiasa berfokus kepada isi kandungan kurikulum

Prestasi Malaysia dalam TIMSS 2023 dan PISA 2022 menunjukkan kemerosotan serius, dengan skor Matematik dan Sains jatuh di bawah purata antarabangsa. TIMSS 2023 mencatatkan skor matematik terendah (411) dalam sejarah penyertaan, manakala PISA 2022 meletakkan Malaysia antara negara tercorot dalam literasi membaca, sains, dan matematik. 

 

Berikut adalah butiran prestasi terkini:

 

  • TIMSS 2023 (Tingkatan 2):
    • Matematik: Merosot drastik kepada 411 mata berbanding 461 mata pada 2019.
    • Sains: Menurun kepada 426 mata berbanding 460 mata pada 2019.
    • Impak: 48% murid mendapat skor bawah 400 mata (tidak mencapai aras antarabangsa) dalam matematik.

 

  • PISA 2022 (Murid 15 Tahun):
    • Skor purata Malaysia lebih rendah daripada purata OECD dalam semua domain (matematik, sains, bacaan).
    • Prestasi merosot akibat keciciran pembelajaran semasa pandemik, menurut laporan Astro Awani. 
  • Punca Kemerosotan:
    • Kelemahan dalam konsep asas dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
    • Kesan gangguan pembelajaran semasa pandemik.
  • Perbandingan:
    • TIMSS: Memfokuskan penguasaan kurikulum (Matematik/Sains).
    • PISA: Menilai keupayaan mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar.

 


                                                                   PISA 2022 MATEMATIK

 


TIMSS 2023 MATEMATIK



Pisa 2009-2022


Timss 1999-2023


Ayuh Malaysia, kita mulai bangkit. Bukan hanya kata-kata tetapi semangat dan usaha...





No comments:

Post a Comment