Tuesday, 14 April 2026

 Musim UPSA, PPSA kembali menjengah...


Tarikh peperiksaan PPSA T4 dan T5

13 April 2026 - 5 Mei 2026


Tarikh peperiksaan UPSA T1 - T3

20 April 2026 - 4 Mei 2026


Bila tiba musim peperiksaan. Inilah satu bahagian terpenting dalam hidup anak-anak. Semua ibu bapa mahukan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Tapi satu perkara yang amat penting untuk diberi sedikit perhatian. anak-anak tidak boleh dibandingkan sama sekali. setiap anak sangat unik perjalanan hidup mereka. Mereka hadir dengan pelbagai potensi yang kadangkala tiada siapa yang dapat lihat. sejarah telah membuktikan bagaimana seorang yang dianggap tidak boleh belajar mampu menggegar dunia. Doakan mereka akan berjaya dengan cara mereka tersendiri. Kasih sayang dan perhatian sekarang akan membentuk mereka di kemudian hari. Biar apa saja orang nak cakap namun kebenaran tidak semestinya datang dari cakapan orang. kita berdiri atas kaki sendiri berjuang  disetiap penjuru hidup. 

No comments:

Post a Comment