PhD sebuah perjalanan tersendiri...
Belajar sampai PhD memang impian semua orang. Setiap pelajar PhD mempunyai cerita yang tersendiri. Ini adalah kerana PhD memangnya sebuah perjalanan tersendiri yang cukup mendewasakan. Displin ilmunya sangat mematangkan dan membuatkan kita menghargai sesiapa sahaja. Setiap insan didunia ini punya peranan tersendiri. Dunia ini tidak akan sesempurna ini tanpa peranan semua makhluk. Pelajar PhD tidak boleh kenal masa cuti, masa rehat dan setiap saat adalah anugerah terindah. Pelajar PhD tidak boleh mengharapkan orang lain memahami kita. Kita yang kena bekorban supaya segalanya berjalan sepertimana biasa, semasa sebelum kita belajar. Untuk memungkinkan ini terjadi bukan kecil pengorbanan yang perlu diberi. Hinggakan kegilaan ialah biasa.
Susahnya pelajar PhD bukanlah boleh dilihat secara fizikal. Tiada siapa yang mampu memahaminya. kerisauan, kebimbangan, ketakutan semuanya menghambat diri. Masa akan memerlukan kos yang tinggi. Untuk siapkan pengajian secepat mungkin juga perlukan bantuan nasib dan rezeki. Perjalanan PhD bukanlah soal diri sendiri, setiap tindakan memerlukan kerjasama ramai pihak. Pelajar PhD tidak boleh mengatur masa orang. Jika kerjasama yang padu kita perolehi maka akan memendekkkan masa. Namun sekiranya pihak berkaitan sibuk, cuti sabatikal dan pelbagai sebab lagi maka sedikit sebanyak akan memanjangkan proses pengajian itu.
Setiap proses pengajian PhD memerlukan kerjasama dengan ramai pihak. Ini kerana PhD ialah kajian, bukannya peperiksaan. Kajian ilmiah perlukan bantuan ramai pihak. Kita sangatlah lemah untuk mengharungi pengajian ini tanpa Bantuan yang Maha Esa membuka jalan, sokongan padu penyelia dan keluarga. Pengajian ini bukanlah soal tesis tetapi proses pengajian ini yang memberi banyak pengajaran.
Setiap pelajar melalui kisah yang tersendiri, tidak ada perbandingan yang boleh dibuat. Ianya bukan soal siapa bijak tetapi sesiapa yang boleh lalui proses ini. Sesiapa yang boleh lalui perjalanan ini dengan penuh insani.
Terima kasih semua yang terlibat termasuklah pekedai, stesen minyak, kakitangan universiti, sesiapa sahaja kerana semuanya menyumbang kepada kejayaan ini. Semuanya. Terima kasih, Alhamdulillah.
Dr. Pahwazull Khair Bin Shafie
Guru Kanan Sains dan Matematik
SMK Tengku Menteri
No comments:
Post a Comment