Kisah sebuah perjuangan...
Dulu panjat pokok demi internet untuk exam
1- Pada tahun 2020, seorang gadis Sabah tular selepas memanjat pokok demi dapatkan isyarat internet untuk peperiksaan.
2- Namanya Veveonah Mosibin dan ketika itu dia berusia 18 tahun.
3- Dia berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah yang sangat pedalaman.
4- Kampungnya tiada elektrik dan liputan internet sangat lemah.
5- Veveonah pernah bina pondok di atas bukit untuk belajar, tapi pondok itu runtuh akibat ribut.
6- Jadi dia memilih untuk memanjat pokok dan berada di situ selama 24 jam demi signal.
7- Dia merakam pengalaman itu dan edit sendiri video 11 minit guna telefon.
8- Video itu mengambil masa hampir sejam untuk dimuat naik kerana internet terlalu lemah.
9- Selepas video tular, Veveonah berdepan kecaman dan buli siber daripada ribuan netizen.
10- Ramai menuduh dia cuma “attention seeker”.
11- Tekanan populariti mendadak dan pandemik menyebabkan dia mengalami kemurungan.
12- Namun Veveonah tidak mengalah dan teruskan hidup serta pelajaran.
13- Dia tamat pengajian Sains Marin di Universiti Malaysia Sabah dengan CGPA 3.46.
14- Dia juga menamatkan tajaan biasiswa hingga ke penghujung walaupun tahu sejak 2021 minat sebenar ialah bidang perubatan.
15- Kisahnya turut membawa perubahan apabila infrastruktur internet kampung dinaik taraf dan jalan diperbaiki.
16- Pada Oktober 2024, Veveonah memulakan pengajian MBBS di Management and Science University (MSU), Shah Alam.
17- Dia mahu menjadi pakar bedah dan bercadang kembali ke Pitas untuk berkhidmat kepada komuniti sendiri.
Kisah sebuah perjuangan. Memangnya perjuangan itu penuh liku, penuh ranjau, tiada ruang keselesaan. Terus berjuang dan akhirnya berjaya bangkit menjadi wirawati.
No comments:
Post a Comment