Tuesday, 21 April 2026

5 kisah pelajar genius Malaysia yang berakhir dengan kekecewaan


Genius suatu kesalahankah?. Mengingatkan kita kisah Hang Nadim yang dihukum bunuh kerana kepintarannya memberi idea bagi mengatasi fenomena Singapura dilanggar Todak. Masih ingatkah kita kisah ini. Berdosakah menjadi orang pintar ataupun genius. Berikut ialah antara kisah genius Malaysia yang berakhir begitu yang mana sepatutnya menjadi insan yang hebat yang mengubah dunia. Di mana silapnya?

1.  Sufiah Yusof: Masuk Oxford ketika usia 13 tahun

Kisah genius Sufiah mula popular apabila ibunya yang berasal dari Muar, Johor dan Bapanya dari Pakistan berusaha mendapatkan biasiswa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang terbaik dekat bumi.

Masa tu surat khabar dan berita pulak penuh dengan cerita kehebatannya, sampaikan semua orang nak tahu apa yang budak ini makan sampai jadi pandai, cara dia belajar, berapa jam dia tidur dan semua ini telah dijadikan contoh kepada para pelajar sekolah pada masa itu.

Namun kisah pelajar genius ini tidaklah seindah seperti yang kita semua sangkakan. Pada usia 15 tahun, Sufiah telah melarikan diri dari kampus kerana mendakwa mendapat tekanan yang hebat daripada ahli keluarga sehinggakan pelajarannya tergendala. Dia akhirnya dijumpai di Bournemouth, United Kingdom dan kemudiannya diletakkan di bawah jagaan sebuah badan kebajikan di sana.

Walaupun gagal pada kali pertama, Sufiah telah diberikan peluang kedua untuk kembali menyambung pengajian sarjananya di Oxford. Namun begitu, peluang ini sekali lagi disia-siakan apabila dia berhenti pada tahun ketiga apabila penceraian berlaku di antara dia dengan suami yang dikahwini ketika usianya 19 tahun.


2. Shukri Hadafi: Profesor Ungku Aziz sampai ambik budak ini jadi anak angkat

Kisah Shukri ini pernah menggemparkan negara pada tahun 1976 apabila kanak-kanak berusia tiga tahun ni dah pandai baca surat khabar. Kira hebat jugaklah budak ini sebab kebiasaanya kanak-kanak umur 3 tahun masa tu sibuk main “Polis entry one two jaga” belakang rumah.

Kepandaian Shukri ini telah menarik perhatian Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz sampaikan beliau menggambil Shukri sebagai anak angkatnya. Mungkin sebab mahu melahirkan pelapis yang hebat sepertinya, Ungku Aziz telah menampung segala keperluan pembelajaran bagi membolehkan Shukri mendapat pendidikan yang baik.

Bukan setakat itu je, pengarah filem terkenal Malaya pada masa itu, Tan Sri Jins Shamsuddin juga telah mengambil dia berlakon dalam filemnya iaitu Menanti Hari Esok dengan gandingan mantap dari penghibur tanah air yang lain seperti Noor Kumalasari, DJ Dave dan Uji Rashid.

Kegemilangan dan populariti yang Shukri kecapi telah membuatkan dia lupa dan hanyut ketika zaman remaja. Akibat masalah displin yang belarutan, akhirnya dia telah dibuang sekolah.

Pada tahun 90’an, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kisah hidupnya yang bekerja sebagai penebar roti canai.

3.  Chiang Ti Ming: Genius yang menghadapi tekanan hidup

Kalau korang suka layan cerita “Big Bang Theory” mesti korang kenal dengan Dr Sheldon Cooper, seorang genius dekat California Institute of Technology (CalTech). Tapi kalau korang nak tahu, Malaysia lagi hebat sebenarnya sebab Chiang Ti Ming, seorang pelajar dari Malaysia telah berjaya memasuki CalTech pada usia 15 tahun pada 1989.

Bukan setakat pelajar termuda yang pernah memasuki Intistut berprestij tersebut, Chiang Ti Ming juga berjaya menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech. Memang Mat Salleh kat sana pun tak boleh lawan dengan kepandaian budak Malaysia ini.

Tak macam admin yang pakai PTPTN untuk belajar, Chiang Ti Ming telah ditawarkan 13 jenis biasiswa dari organisasi yang berbeza untuk melanjutkan pelajaranya.

Kerana kepandaiannya yang luar biasa ini juga, dia kemudiannya melanjutkan pelajaran diperingkat PhD dalam bidang fizik zarah di Cornell Universiti, New York dan telah dilantik sebagai tetamu kehormat dalam Tau Beta Phi, iaitu sebuah persatuan kejuruteraan yang kedua tertua di dunia.

Tapi bukan senang jadi genius sebenarnya, walaupun Chiang Ti Ming berjaya menghabiskan pembelajaranya sampai peringkat PhD, dia juga telah mengalami masalah kemurungan dan tekanan jiwa yang teruk sampaikan dia dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.

Akhirnya pada tanggal 6 Januari 2007, dia telah meninggal dunia di Seremban pada usia mencecah 33 tahun.


4.  Nur Fitri Azmeer Nordin: Dipenjara sebab simpan 30,000 gambar lucah kanak-kanak

Pada tahun 2015, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan masalah budak genius. Kali ini melibatkan seorang pelajar genius Matematik tajaan MARA yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun di United Kingdom kerana kantoi memiliki 30,000 gambar lucah kanak-kanak dan ada di antaranya beliau sendiri yang ambik.

Nur Fitri Azmeer Nordin merupakan pelajar tahun ketiga di Imperial College London ketika dia ditangkap. Akhirnya Fitri sendiri mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan di hadapan Makahmah Southwark Crown, termasuk dua tuduhan mengambil gambar lucah kanak-kanak dan empat pertuduhan memiliki imej tersebut dengan niat untuk mengedarkanya.

menurut laporan daripada akbar huffingtonpost UK, pihak MARA sendiri tak ambik tindakan tegas terhadap pesalah ini.

Malahan dorang sanggup bagi biasiswa kat budak ini bagi meneruskan pengajianya di universiti tempatan bila dah habis tempoh hukuman penjara dengan alasan beliau seorang pelajar contoh dan asset bernilai kepada negara.

Walaupun pada mulanya pelajar genius Nur Fitri Azmeer Nordin dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, dengan surat sokongan pensyarah, laporan psychiatric dan kelakuan baik, dia akhirnya hanya perlu menghadapi 9 bulan penjara sebelum dibebaskan. 

5.  Adi Putra: Sampai sekarang tak ada apa-apa sijil walaupun SPM

Kira-kira sedekad yang lalu negara sekali lagi terkejut dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, statistic dan trigonometri yang biasanya Dekan dekat universiti je dapat selesaikan.

Yang lebih mengejutkan, budak ini baru berumur 6 tahun tetapi kepintaranya telah berjaya menarik minat setiap golongan masyarakat dekat Malaysia pada masa tersebut. Sampaikan dia dinobatkan sebagai Ahli Matematik Islam abad ke-21 oleh Universiti Riau di Indonesia pada tahun 2009.

Adi juga telah menghasilkan 235 formula matematik dan 12 daripadanya telahpun diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk Seni Matematik Islam. Bukan setakat itu sahaja, bukunya juga telah digunakan sebagai rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di negara Brunei, tetapi malangnya ia masih tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.

Tak pasti sama ada pihak kerajaan atau budak ini yang bermasalah, pembelajaranya tidak pernah sempurna apabila sehingga kini beliau masih gagal mendapatkan apa-apa sijil akreditasi dari mana-mana intistusi pengajian tinggi negara.

Dalam temuramahnya bersama The Malaysian Insider, Adi berkata di atas faktor umurnya yang terlalu muda iaitu 6 tahun ketika mengikuti pengajian, beliau telah dinafikan hak untuk mendapatkan sijil A-level dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) walaupun telah melengkapkan semua silibus yang dikehendaki oleh universiti tersebut.


Genius adalah anugerah, gifted. Jika kepakaran mereka disalurkan ke arah yang benar, dunia akan mendapat manfaatnya. Mereka boleh mencipta sesuatu yang diluar fikiran. Mereka dapat memudahkan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Namun di manakah ruang atau jurang yang perlu dilihat agar genius yang akan lahir selepas ini tidak tersia.








No comments:

Post a Comment