Zull Design Authotronic...
MacGyver Malaysia
Seingat saya sedari saya sekolah rendah sosok tubuh ini telah mewarnai rancangan berita TV melalui hasil ciptaannya yang kreatif dan inovatif terhadap mesin-mesin dan kenderaan.
Beliau dikenali dengan nama Zull Design. Nama sebenarnya ialah Zulkifli Haron. Sekarang beliau telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Zulldesign Authotronic Sdn. Bhd. (ZDA).
Ditubuhkan pada tahun 1986, Zull Design telah menjadi tonggak inovasi pemesinan industri dan projek kejuruteraan khas di Malaysia. Kami memberdayakan usahawan dan industri tempatan dengan solusi terkini, didorong oleh kepercayaan kami terhadap potensi kreativiti Malaysia.
ZullDesign membantu pengusaha IKS meningkatkan kecekapan pengeluaran dengan mesin custom separa automatik hingga automatik sepenuhnya. Kami menyediakan penyelesaian tempahan khas yang direka berdasarkan spesifikasi unik anda.
KIRA-KIRA 30 tahun lalu, Malaysia cukup popular berikutan lahirnya seorang pencipta muda yang mendapat jolokan MacGyver Melayu.
MacGyver Melayu yang dimaksudkan itu ialah Zulkifli Haron anak kelahiran Kelantan yang mengikuti ayahnya menetap di Rawang, Selangor.
Nama tersebut diberikan kepadanya kerana kira-kira 30 tahun lalu drama Inggeris yang menampilkan hero kreatif bernama MacGyver cukup popular.
Zulkifli diberi nama berkenaan kerana beliau cukup genius menghasilkan pelbagai produk sehingga masyarakat umum mengaguminya.
Salah satu produk pertamanya suatu masa dahulu ialah membuka pintu menggunakan kata laluan yang dipetik daripada filem Ali Baba Bujang Lapok.
Kata laluan itu berbunyi “Niat enson mata kaji semar ngiseng”
Mesin Pusaran Pintar dari Zull DesignMesin Pusaran Pintar dari Zull Design Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam perniagaan reka cipta, Zulkifli sebenarnya sudah menghasilkan lebih 1,000 produk.
Salah satu produk terbaru pemilik syarikat induk, Zull Design Autotronic itu ialah kolam ikan air masin di pekarangan rumah yang menggunakan air paip dan garam.
Walaupun memiliki banyak kemahiran, beliau tidak lokek dengan ilmu. Ini kerana pendiriannya cukup jelas, iaitu ilmu yang dimiliki tidak akan luak jika disebarkan kepada khalayak.
No comments:
Post a Comment