Saturday, 18 April 2026

 Alumni...


Alumni merupakan istilah untuk bekas pelajar sesebuah institusi pengajian. Institusi yang hebat mempunyai Persatuan Ibu bapa dan guru yang mantap dan Alumni yang teguh. Agak mendukacitakan sebenarnya ramai ex-students bukan hanya sekolah hebat malah sekolah biasapun ada tetapi tiada wadah yang teguh untuk mereka dapat kembali memperkasakan dan membantu sekolah lama mereka. Sekolah hebat lazimnya mempunyai alumni yang sangat supportive. Sekolah biasalah yang alumninya jarang memainkan peranan walaupun sudah jadi insan yang hebat. Di mana silapnya? Bagaimanakah caranya untuk sekolah biasa pun boleh punyai alumni yang hebat?

Tidak perlu jadi hebat untuk menyumbang. kita sumbang apa adanya, apa dayanya bagi melihat warisan generasi sekolah lama yang terdiri daripada anak cucu, saudara mara dan jiran tetangga kita juga. Kita bergerak dengan cara kita. Tiada perbandingan yang sangat wajar melainkan membanding dengan diri sendiri sahaja. 

Tanpa kerjasama dan bantuan semua pihak agak sukar sekolah bergerak dengan sebegitu sempurna. Banyak perkara yang memerlukan kos yang tinggi seperti setiap bilik darjah sudah sepatutnya mempunyai Smart TV bagi memudahkan guru-guru menggunakan ICT dalam Pdpc. Ini sudah tahun 2026 dan kita masih tidak dapat memenuhi keperluan ini sepenuhnya. Ayuh berganding bahu bergerak ke mercu...

No comments:

Post a Comment