Saturday, 18 April 2026

 Asrama...


Dewasa ini ada murid yang memasuki sekolah berasrama (SBP) atau (MRSM) mempunyai kecenderungan untuk kembali ke sekolah lama. Apakah faktor yang menyebabkan hal ini boleh berlaku. Ada murid yang keluar setelah seawal sebulan dua sahaja. Apakah perubahan atau transformasi yang boleh dibuat agar anak-anak yang masuk MRSM atau SBP tidak lagi keluar. Tiada pihak yang salah cuma apakah yang boleh di upgrade , dimudahkan agar anak-anak emas ini seronok dan menimba pengalaman berguna di institusi terbilang ini. Agak sayang sekiranya murid-murid yang telah layak memasuki setelah bekerja keras akhirnya kembali ke sekolah asal. Kita tidak boleh bandingkan murid terdahulu yang hampir tiada yang berpatah balik. keadaan sudah jauh berbeza dan transformasi juga harus berlaku ke atas sekolah terbilang ini. Agak sedih sekiranya murid terbilang ini terpaksa mengundur diri atau yang bertahan pun kerana terpaksa atau dipaksa. Agak malang lagi hal ini mempengaruhi prestasi akademik mereka. Mereka memburu straight's A+. Merekalah pewaris kepimpinan negara terunggul.....



No comments:

Post a Comment