LELAKI...
Lelaki adalah watak yang tidak boleh lemah, tidak mungkin lemah dan tidak akan lemah. Lelaki adalah hero dalam sesebuah keluarga. Benteng yang sentiasa mempertahankan tanggungjawab. Lelaki tidak boleh ada perasaan yang remeh-temeh. Biar lelaki menghidupkan semua hari-hari penting dalam keluarga sehingga hari penting dirinya tidak diingati pun tidak mengapa.
Biar sentiasa dimarahi oleh semua keadaan, tetaplah tidak ambil hati. kerana lelaki perlu tahu. Perempuan perlu melepaskan emosinya dan lelakilah perlu bersedia menjadi sasaran. Ianya tidak menjadi masalah.
Kecewa manapun lelaki itu adalah asam garam. Yang penting lelaki perlu sedia bekorban apa sahaja demi tanggungjawab. Bukan bodoh tetapi itu adalah fungsi lelaki. Menjaga dan menghidupi sesebuah keluarga.
Sejuta rintangan, beribu halangan adalah untuk diredahi, ditempuhi, ditakhluki. Satu hakikat dunia, jika mahu sentiasa disukai perlu jadi yang biasa-biasa tetapi jika mahu jadi luarbiasa kena bersedia untuk tidak disukai. Ini adalah formula dalam kehidupan di dunia.
Sakitnya lelaki adalah untuk dihadapi sendiri, gembiranya lelaki pastilah untuk dikongsi...
No comments:
Post a Comment