Manusiawi...
Manusia boleh semuanya. Manusia tidak boleh terbang tetapi dengan mencipta kapal terbang manusia boleh terbang. Manusia tidak kuat berlari tetapi dengan mencipta kenderaan manusia mampu bergerak laju. Manusia tidak boleh berada lama dalam air tetapi dengan terciptanya kapal selam manusia boleh hidup dalam air. Manusia tidak kuat tetapi dengan mencipta segala mesin manusia mampu buat banyak perkara seperti meratakan bukit, menebang pokok dengan cepat sahaja.
Hebatnya manusia. Berkuasanya akal fikiran anugerah Ilahi yang jika digunakan dengan baik akan membawa kebaikan di seluruh alam. Namun jika manusia menyalahgunakan akal fikiran, menyalahgunakan hasil ciptaan yang sepatutnya memberi manfaat maka akan hancurlah dunia ini.
Kebaikan akan selalu menang berbanding kejahatan. Kerana kebaikan selalu diiringi doa yang baik. Pilihan ditangan kita. Selagi boleh memilih kebaikan tolaklah kejahatan...
No comments:
Post a Comment