Friday, 24 April 2026

 Kebarangkalian @ Probability...


Kebarangkalian adalah satu tajuk yang unik kerana nilai terbesarnya hanya 1. Oleh itu kita hanya berfokus kepada angka 0-1 sahaja. Angka 0 memberi kita kemungkinan sesuatu peristiwa terjadi ialah mustahil, manakala 1 memberitahu kita sesuatu peristiwa itu pasti berlaku, 

Di sini bermulanya apabila nilai kebarangkalian itu ialah antara 0.1-0.49 kemungkinan sesuatu peristiwa itu untuk berlaku dianggap rendah. Nilai 0.5-0.9 kemungkinan untuk terjadi adalah tinggi.

sekali lagi kita harus faham. Sesuatu kebarangkalian yang dianggap rendah pun sebenarnya boleh berlaku dan sesuatu kebarangkalian yang dianggap tinggi pula tidak semestinya berlaku. selagi ada nilai melebihi 0 sesuatu kemungkinan itu boleh berlaku cuma ramalan kita sahaja tinggi atau rendah.

Apa guna nilai kebarangkalian ini. Gunanya ialah untuk kita bersedia dengan kemungkinan. sama ada terjadi atau tidak itu perkara kedua. Contoh mudah, jika isnin hingga khamis hujan. Maka hari jumaat ramai yang bawa payung. begitulah sebaliknya.

Apabila nilai kebarangkalian sangat rendah adalah amat bertuah benar untuk peristiwa itu berlaku. Contohnya peraduan menang 1 juta. jika 10 juta penyertaan, kebarangkalian untuk menang ialah 1/100000000, satu  nilai yang sangat kecil. Kalau kita sertai dan menang memang tersangat bertuah. 

Tapi kita kena ingat sekecil manapun  nilai kebarangkalian, kemungkinan untuk berlaku tetap ada, tetap ada. Harapan itu ada. selagi ada peluang tak salah mencuba seperti memohon kerja, memikat hati dan lain-lain...


Dr. Pahwazull Khair
GKSM
SMK Tengku Menteri

No comments:

Post a Comment