Wednesday, 22 April 2026

 KEHADIRAN , PONTENG...


Isu kehadiran ke sekolah juga ialah bukan satu isu baru. Kehadiran lewat juga pun sama. Malah isu yang telah lama menjadi beban ini seakan tiada penyelesaian walaupun pelbagai cara, kaedah telah dilakukan.

Malah jika diteliti masalah ini melibatkan murid yang sama. Jika masalah yang tidak boleh dielakkan tidak menjadi masalah. Ini adalah masalah sikap. 

Hujah penulis, ada juga murid yang hadir hampir setiap hari namun ponteng kelas. murid begini adalah kerana ibu bapa yang tegas untuk murid tersebut hadir tetapi dalam dirinya tidak mahu belajar. Ada juga murid yang ponteng sekolah selalu dan apabila sekolah mengadakan hari sukan, majlis-majlis khas tiba-tiba kehadiran menjadi baik. Ada juga hal murid tidak datang secara berpola contohnya setiap isnin, setiap rabu atau setiap jumaat pasti tidak datang.

Memang ada kes di mana anak-anak ini bekerja tetapi ada juga yang hanya duduk di rumah tetapi tidak mahu datang ke sekolah. 

Persoalannya mengapa hari-hari khas seperti hari sukan, jamuan raya kehadiran menjadi baik. Ini menunjukkan murid boleh hadir ke sekolah jika mereka minat. Memang mustahil untuk sekolah mengikut minat murid sepenuhnya namun tetapi ada satu ruang yang boleh diisi supaya ada perkara yang menarik  minat murid untuk selalu datang ke sekolah. Paling tidak dapat mengurangkan masalah ponteng dengan ketara.

Peranan guru memanglah sangat mencabar, tolonglah anak-anak generasi ini sebaik yang boleh. Sekiranya diluar kemampuan sekurang-kurangnya telah mencuba apa yang daya. 

Dr. Pahwazull Khair
GKSM
SMK Tengku Menteri

No comments:

Post a Comment