2 Tokoh SMK Tengku Menteri di persada KPPM...
Buku biografi bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Allahyarham Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, kini ditempatkan di Muzium SMK Tengku Menteri. Penempatan buku biografi ini bertujuan menghargai jasa tokoh pendidikan tersebut serta menjadi rujukan ilmu, khususnya bagi warga sekolah.
Allahyarham mempunyai banyak koleksi sejarahnya di Muzium SMK Tengku Menteri. Muzium SMK Tengku Menteri adalah sekolah Allahayarham semasa bergelar murid.
| Muzium ini terletak di SMK Tengku Menteri |
Satu naskah buku biografi Allahyarham Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin disimpan di muzium ini.
CHANGKAT JERING, 4 September 2024 – Satu sesi penyerahan buku biografi mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Allahyarham Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin kepada Pengetua SMK Tengku Menteri Puan Che Anum Samsudin berlangsung pada 4 September oleh penulis utama buku, Profesor Dr Abdul Halim Ali. Sesi ini berlangsung di SMK Tengku Menteri turut dihadiri oleh pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Larut, Matang dan Selama.
Tan Sri Dato Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom merupakan bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau bersara pada 6 November 2010 setelah berkhidmat selama 34 tahun dalam dunia pendidikan. Kini beliau menjadi Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).
Beliau berasal dari Ayer Tawar, Sitiawan, Perak. Isterinya ialah Puan Sri Datin Hajjah Mazlilah Ahmad Mansor.
Pada tahun 1976 Beliau pernah bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri Changkat Jering,Changkat Jering, Taiping, Perak sebagai guru sebelum mengorak langkah sehingga menjadi KPPM.
Akan adakah insan ke 3 dari SMK Tengku menteri akan menjejaki persada KPPM, semoga ada suatu hari nanti...
GKSM
No comments:
Post a Comment