BULI @ RAGING...
Hakikatnya
buli telah wujud sebegitu sekian lama. Hal ini seakan tidak ada penghujungnya walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Buli boleh berlaku kepada sesiapa
Sahaja, tidak kira usia, bangsa, agama dan jantina. Bagaimana buli boleh
berlaku. Buli boleh berlaku kerana 6 faktor yang saya simpulkan . Jika kita
tiada satupun dari keenam-enam ciri ini maka kita terdedah sebagai mangsa buli.
Jika mereka yang mempunyai ciri-ciri tersebuat pula boleh merupakan pembuli.
Ciri-ciri tersebut ialah:
i) Fizikal yang kuat. Mereka yang mempunyai fizikal yang kuat jarang menjadi mangsa buli
ii) Jika tiada fizikal yang kuat kita boleh ada Kawan yang ramai. Jika kita ada Kawan yang ramai juga kelebihan untuk kita tidak menjadi mangsa buli
iii) Jika Tiada pun juga kita boleh jadi pelajar yang hebat. Pelajar yang hebat secara tidak langsung akan mendapat banyak perhatian yang seterusnya mampu terhindar dari menjadi mangsa buli
iv) Jika tiada juga kita boleh jadi pelajar yang berakhlak sangat baik. Sebagai contoh jika ada orang kata kepada kita, kecam kita, kita tak perlu balas kita belanja dia donut, esok dia kata lagi kita belanja 2 donut. Secara psikologinya pembuli itu mungkin jadi Kawan baik kita selepas itu
v) Jika bernasib baik kita ada kuasa, kuasa akan menghindarkan kita dari di buli .
vi)Dan jika itu pun tiada jika kita kita mungkin anak kepada orang hebat, anak Menteri, anak raja, anak Trump. Maka kita pun tidak berani dibuli.
Jika keenam-enam ciri
ini tidak kita miliki satu pun maka potensi untuk kita dibuli sangat tinggi.
Hanya kita yang dapat
tolong diri sendiri. Orang lain boleh tolong sesekali dan hakikatnya dunia
memang begini.
Gejala buli bukan
Sahaja boleh berlaku disekolah malah di mana Sahaja dan sesiapa Sahaja
berkemungkinan menjadi mangsa. Maka ingatlah, kita mesti membenteras pembuli
sepertimana kita membanteras perasuah, tiada perasuah maka tiada yang yang
ambil rasuah, tiada pembuli maka tiada mangsa buli.
Pengajarannya ialah
apabila menjadi seorang yang Berjaya yang mempunyai
kuasa, taktha dan harta jangan menjadi salahguna kuasa, menindas , mementingkan
diri sendiri dan seumpamannya. Ketahuilah bahawa seseorang yang baik tidak
melakukan kemungkaran namun seseorang yang hebat tidak melakukan kemungkaran
walaupun mempunyai peluang berbuat demikian.
Dr. Pahwazull Khair
GKSM
No comments:
Post a Comment