Friday, 1 May 2026

 SEKILAS FAKTA SEMENTERI...


1. SMK Tengku Menteri berdiri di atas tanah seluas  5.41 hektar yang disumbangkan oleh YAB Encik Wan Mohamed Noor bin Wan Nasir pada tahun 1967.

2. Sekolah Menengah Tengku Menteri mengambil sempena gelaran yang diberi kepada Ngah Ibrahim bin Long Jaafar, seorang tokoh sejarah terkenal tanah air.

3.Pada tahun 1995 sekolah ini telah mendapat kemudahan komputer yang lengkap dengan kemudahan internet dan multimedia daripada Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah projek Rangkaian Munsyi yang melibatkan 14 buah sekolah di seluruh negara.

4.Pada tahun 1997 sekolah ini terpilih pula untuk melaksanakan Projek Rintis Sekolah Bestari anjuran kementerian Pendidikan Malaysia.

5.SMK Tengku Mempunyai kelas PVMA (Program Vokasional Menengah Atas).

6.SMK Tengku Menteri juga mempunyai sebuah Muzium.

7. SMK Tengku Menteri mempunyai 3 aset yang sangat berguna yang tidak semua sekolah harian memilikinya iaitu padang yang luas,  Dewan yang besar dan surau yang sesuai.


Dr.Pahwazull Khair Bin Shafie
GKSM Sementeri

No comments:

Post a Comment