Friday, 1 May 2026

 BAIK @ HEBAT...


Kedua - dua perkataan ini seakan hampir sama maksud namun perbezaannya agak besar. Ramai yang baik tetapi hanya sedikit yang hebat. Apa bezanya?

Baik ialah tidak buat perkara yang buruk, tidak mencuri, tidak membuli, tidak ambil rasuah dan seumpamanya.

Hebat pula ialah tidak melakukan perkara buruk dikala berpeluang melakukannya. Jika melakukan apa-apa keburukan dijamin tiada orang yang tahu. Namun memilih untuk tetap tidak melakukannya.

Nampak macam lebih kurang sama tapi kenapa gejala rasuah subur sehingga hari ini, adakah pelakunya tidak baik. Jelas sekali pelakunya baik tetapi tidak hebat kerana melakukan perkara buruk dibelakang tabir. Ya, yang tertangkap bukanlah semua, malah gejala ini seakan terus menjadi musuh negara.


Dr.Pahwazull Khair Bin Shafie
GK Sains Matematik
Sementeri

No comments:

Post a Comment