Saturday, 1 August 2026

KUP dan Hakiki...

 

Hal yang jarang dibincangkan ialah gred jawatan yang dipegang sama ada KUP ataupun hakiki. Secara kesimpulan ringkasnya. 

Perbezaan utama antara Gred Hakiki dan Gred Khas Untuk Penyandang (KUP) melibatkan status jawatan tetapkenaikan pangkat, dan kekosongan perjawatan. Gred hakiki merujuk kepada jawatan sebenar yang disandang mengikut waran perjawatan, manakala gred KUP dikhususkan secara peribadi kepada individu tanpa memerlukan kekosongan jawatan di organisasi tersebut

 

 Gred Hakiki 

  • Definisi: Jawatan dan gred sebenar yang wujud dalam perjawatan asal sesuatu organisasi atau jabatan.
  • Kekosongan: Bergantung kepada wujudnya kekosongan jawatan hakiki di gred yang lebih tinggi untuk membolehkan kenaikan pangkat.
  • Pertukaran/Penyandang: Jika pegawai berpindah atau bertukar, jawatan hakiki itu akan ditinggalkan kosong untuk diisi oleh pegawai lain yang layak. 

 Ialah gred yang layak dimiliki jika menyandang sesuatu jawatan walaupun belum sampai time based.

 

Gred KUP (Khas untuk Penyandang)

  • Definisi: Gred lebih tinggi yang diberikan khas kepada pegawai walaupun hakikatnya jawatan di situ berjawatan atau bertaraf lebih rendah. 
  • Tujuan: Diberi kerana cemerlang (seperti Guru Cemerlang) atau tiada kekosongan gred hakiki tetapi pegawai layak naik pangkat secara peribadi. 
  • Sifat Jawatan: Gred KUP ini akan 'lebur' atau kembali kepada gred asal (hakiki) apabila pegawai bersara, bertukar, atau meninggalkan jawatan tersebut.

Ialah gred yang dimiliki secara time based. gred KUP boleh melepasi gred hakiki.x


Untuk mudah faham. Begini penjelasannya

Guru biasa : Hakiki ialah DG9 @ DG41

Guru Kanan : Hakiki ialah DG10 @ DG44

Pen. Kanan : Hakiki ialah DG12 @ DG48

Pengetua : Hakiki ialah DG13 @DG52

PPD : Hakiki DG 14 @ DG54

Pengarah JPN : Hakiki Jusa C

KPPM : Hakiki Turus III


Gred hakiki ialah gred yang mesti dipakai jika menjawat jawatan tersebut tanpa mengira time based. KUP ialah gred berdasarkan time based walaupun tidak menjawat jawatan tersebut. Contohnya, guru biasa walaupun telah berada di gred KUP DG14 @DG54 boleh saja menjadi guru biasa dengan menyandang gred DG54 KUP tetapi hakiki tetap DG9 @ DG41. Gaji mengikut gred tertinggi.

Jika guru biasa DG9 @ DG41  belum sampai time based tetapi telah dilantik ke jawatan Guru Kanan akan layak terus memakai Gred DG10 @ DG44. 

jika guru biasa tersebut telah memakai Gred DG12 @ DG48 tetapi baru dilantik menjadi guru kanan maka guru tersebut akan kekal dengan Gred DG12 @DG48 KUP namun gred Hakiki beliau ialah menjadi DG10 @ DG44. Gaji tetap mengikut gred tertinggi.

Implikasi utama persaraan bagi pemegang gred KUP adalah tiada perbezaan dari segi pengiraan bayaran pencen atau ganjaran, kerana kedua-dua gred menggunakan gaji akhir yang diterima. Namun, kesan utamanya adalah terhadap struktur jawatan yang ditinggalkan di agensi berkenaan.

Sebagai guru biasa atau sehingga PPD pegawai hanya dapat mencapai gred tertinggi DG14 @DG54 sahaja melainkan ada keistimewaan lain berasaskan kecemerlangan boleh mendaki ke gred yang lebih tinggi sehingga Jusa C.

Berikut adalah perincian implikasi persaraan bagi kedua-dua gred tersebut:

Implikasi kepada Pesara (Wang Pencen & Ganjaran)

  • Tiada Perbezaan Bayaran: Formula pengiraan pencen, ganjaran (Gratuiti), dan Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) adalah sama.
  • Berdasarkan Gaji Akhir: Pengiraan bonus persaraan dikira berdasarkan gaji hakiki terakhir yang diterima (gaji pokok di gred KUP).
  • Kemudahan Perubatan: Kelayakan wad hospital dan kemudahan perubatan persaraan mengikut gred terakhir yang disandang (sama ada hakiki atau KUP).

Implikasi kepada Organisasi (Struktur Jawatan)

  • Gred KUP Melebur: Jawatan bertaraf KUP akan automatik dimansuhkan atau 'lebur' sebaik sahaja pegawai bersara.
  • Kembali ke Gred Asal: Waran perjawatan di pejabat tersebut akan kembali kepada gred hakiki asal asal jawatan berkenaan.
  • Pengisian Baharu: Pegawai baharu yang menggantikan tempat pesara tersebut akan masuk menggunakan gred hakiki asal, bukan gred KUP pesara tadi.




No comments:

Post a Comment