Saturday, 1 August 2026

Bersara


Persaraan terkini bagi kakitangan awam ialah di usia 60 tahun. Bagi kakitangan baru mereka automatik akan bersara diusia 60. Tetapi bagi kakitangan yang semasa dilantik usia persaraan ialah 55 atau 56 terpulang kepada pilihan mereka ketika ditawarkan usia pencen pada umur 58 atau 60. 

Ada kakitangan yang mahu kekal di usia 56, mereka akan berpencen wajib diusia tersebut. Begitu juga mereka yang memilih usia 58 akan berpencen wajib diusia tersebut, begitulah juga sesiapa yang memilih usia 60 akan berpencen wajib diusia itu.

Namun adakalanya kakitangan yang memilih berpencen diusia 60 tetapi berubah hati untuk berpencen awal boleh memohon untuk persaraan awal. Ia dikenali sebagai persaraan pilihan bukannya persaraan wajib. namun ini bergantung kepada kelulusan JPA.

Implikasi utama jika anda memilih opsyen umur bersara wajib 60 tahun tetapi memohon bersara awal (persaraan pilihan) ialah anda tetap layak menerima ganjaran perkhidmatan dan gantian cuti rehat (GCR) serta-merta,, manakala pencen bulanan hanya akan mula dibayar apabila anda mencapai usia 55 tahun (bagi lantikan pada atau selepas 12 April 1991). Anda tidak perlu menunggu sehingga usia 60 tahun untuk mula menerima pencen bulanan tersebut.

Syarat Kelayakan Persaraan Pilihan

  • Berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh bersara.
  • Genap tempoh perkhidmatan minimum 10 tahun yang boleh dimasukkira.
  • Mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.

Implikasi Terhadap Faedah Kewangan

  • Ganjaran / Gantian Cuti Rehat (GCR): Dibayar sekaligus sejurus selepas tarikh bersara awal diluluskan.
  • Pencen Bulanan: Mula dibayar pada usia 55 tahun (jika tarikh lantikan selepas 12 April 1991). Bagi yang dilantik sebelum tarikh itu, kelayakan umur pencen mungkin lebih awal (45 atau 50 tahun mengikut jantina dan syarat perundangan).
  • Tempoh Menunggu: Jika anda bersara awal pada usia 45 tahun, anda perlu menunggu selama 10 tahun (sehingga umur 55 tahun) sebelum bayaran pencen bulanan mula dimasukkan ke akaun anda.



No comments:

Post a Comment