Saturday, 1 August 2026

 Pilihan tetap dan berpencen @ Skim KWSP




Terdapat 2 skim dalam perkhidmatan awam iaitu skim pencen dan skim KWSP. Mari kita lihat perbezaan dan kelebihan masing-masing.


Bil.

Skim Pencen

Skim KWSP

1.

Pesara mendapat bayaran pencen bulanan seumur hidup (naik 2% setahun) berserta ganjaran perkhidmatan tunai dan kemudahan perubatan percuma.

 

Pekerja mendapat jumlah wang tunai sekaligus (lump sum). Caruman bulanan daripada pekerja (11%) dan majikan (12%–13%) diteruskan sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga bersara.

2.

Waris dapat terus menerima pencen mengikut garis panduan yang ditetapkan

-

3.

Pencen + Gratuiti + GCR

Wang caruman KWSP + GCR

4.

Bayaran secara bulanan

Amaun yang besar sekaligus apabila tamat perkhidmatan

5.

Berhenti menerima wang pencen apabila meninggal dunia dan  tiada lagi waris yang layak.

-

6.

Hanya amaun gratuiti yang boleh diharapkan untuk menjana dividen sekiranya wang gratuiti itu tidak digunakan.

Jika berbelanja secara berhemah. Wang yang ada akan menjana dividen yang tinggi saban tahun

 

Secara mudahnya, skim pencen menawarkan jaminan, manakala skim KWSP menawarkan fleksibiliti.


No comments:

Post a Comment